Jenis Buku/Bahasa : Pelaburan & Kewangan/Inggeris
Pengarang : Adam Khoo & Conrad Alvin Lim
Penerbit: Adam Khoo Learning Technologies Group Pte Ltd
Dimana boleh didapati : Kedai-kedai buku tempatan seperti Popular, MPH, dan di perpustakaan awam.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pembukaan –
Dalam kegawatan ekonomi kini adalah amat sesuai sekali untuk kita mencelikkan minda kita terhadap dunia pelaburan. Bagi mereka yang ingin membuka ruang kepada dunia pelaburan dengan pengertian yang mudah dan berkesan, buku ini amat membantu. Dan bagi mereka yang sudah berjinak-jinak dengan pelaburan, buku ini memberi inspirasi dan juga tip-tip pelaburan yang tidak sukar seperti yang disangkakan.
Pengarang -
Pengarang tempatan, Adam Khoo adalah seorang entrepreneur, penulis best seller, pakar motivasi dan seorang jutawan muda. Dia juga telah menghasilkan buku-buku best-seller yang lain seperti Secret of Self Made Millionaire dan I am Gifted , So Are You. Pengarang bersama Conrad Alvin Lim adalah seorang Trader Online Professional sepenuh masa dan instruktur yang mengenalkan dan memimpin Wealth Investor Club dan Wealth Akademi Investor tutorial di Adam Khoo Learning Technologies Group Pte Ltd.
9 Bab (Chapters) -
Buku ini mengandungi 9 bab dan setiap satu bab memberikan ilmu dan informasi yang berguna dan tip-tip penting untuk para pelabur.
Bab 1 – Membuat Wang dari Pasaran
“ Making Money From the Market “
Bab 2 – Kuasa Pelaburan yang dapat membina Kekayaan Anda
“ The Power of Investing in Building Your Wealth “
Bab 3 – Cara bodoh & paling mudah membuat Wang
“ The
Bab 4 – Pelaburan Bernilai – Resipi Warren Buffet untuk Kaya
“Value Investing: Warren Buffet’s Secret Recipe for Wealth”
Bab 5 – Pelaburan Momentum – Mendapatkan Saham sebelum Harga Menjulang Naik “ Momentum Investing – Catching stocks before they fly”
Bab 6 – Dunia Pelaburan Options yang Menakjubkan
“ The Amazing World of Options”
Bab 7 – Menggunakan “Call Option” untuk merendahkan risiko dan mengaup keuntungan “ Using Call Option to reduce Risk & boost Returns”
Bab 8 – Bagaimana membuat Wang dalam berbagai Hala Pasaran
“How to Make Money in any Direction”
Bab 9 – Langkah Anda selanjutnya menuju ke arah Kebebasan Kewangan
“Your next step to financial freedom”
Bab-bab ini menyentuh tentang kepeloporan pelaburan internet tanpa broker yang semakin merancakkan dunia pelaburan. Tetapi dengan pengetahuan yang sedangkal, ramai pelabur yang gagal dan rugi kerana membeli dan menjual saham atas dasar nasihat kawan dan keluarga atau kerana mendengar berita-berita angin dan tip yang kurang bernas.
Sebaliknya disini, ia memberikan 3 panduan dasar sebelum membeli saham ;
- Bagaimana mengenali syarikat yang mempunyai potensi untuk maju & pesat dengan menganalisa Income Statement, Cash Flow and Balance Sheet.
- Mengesahkan nilai intriksi asas sesebuah saham.
- Membeli saham pada masa harga saham itu jatuh buat sementara dan dibawah nilai sebenarnya.
Pelaburan bukanlah sesuatu yang mudah dan buku ini memberikan gambaran hakiki bahawa kegagalan dan kerugian memang tidak dapat di elakkan. Oleh itu buku ini merangsangkan setiap individu untuk memahami asas-asas pelaburan, mula berlabur dengan cara yang selamat dan berkesan, berlabur dengan konsisten dan berdisiplin (kurangi emosi) dan akhirnya ia menggalakkan pelabur agar meningkatkan diri dengan sentiasa belajar tentang konsep-konsep kewangan yang perlu.
Ia juga menyentuh tentang risiko dalam pelaburan. Ia meibaratkan risiko pelaburan seperti memandu sebuah kereta. Kalau seseorang itu kurang mahir memandu kereta, tidak tahu menggunakan alat fungsi dalam kereta dan kurang faham akan undang-undang dan panduan jalan raya, kereta yang dipandu itu akan terbabas sebelum sampai ke destinasi. Bahkan ia juga boleh menyebabkan kematian si pemandu, jika terlibat dalan kemalangan.
Tetapi jika pemandu itu mahir memandu, memahami keupayaan kenderaannya serta cukup faham atas panduan jalan raya, ia akan dapat mengatasi berbagai situasi dan risiko sepanjang perjalanan.
Oleh itu, demi mengatasi sesebuah risiko pelaburan, buku ini memberi pelabur, jawapan pada risiko -risiko yang ada.
Antara Risiko Pelabur :
- Tidak tahu apa yang mereka laburkan
- Tidak punya pemahamam asas tentang putaran ekonomi dunia
- Tidak faham bagaimana kadar faedah, kadar tukaran wang asing, kadar inflasi dan pengangguran dan turun-naiknya harga minyak menentukan hala ekonomi global dan pasaran saham
- Tidak tahu dimana dan bagaimana membaca laporan kewangan dan perkiraan akaun syarikat saham
- Tidak tahu nilai sebenar saham syarikat yang dipegang
- Tidak tahu apakah jurus utama perniagaan syarikat itu dan strategi perniagaan yang diambil oleh syarikat tersebut.
Ia setuju dengan prinsip pelabur terkemuka dan ikonoklas, Warren Buffet bahawa semua pelabur yang hebat adalah terdiri golongan yang kurang mengambil risiko (risk averse) dan bukan pengambil risiko tinggi (risk takers).
Ini kerana mereka mendalami perihal pelaburan secara terperinci. Satu prinsip terkemuka Warren Buffet adalah untuk memahami pelaburan dan risiko yang di ambil dan jangan alami kerugian !. Sudah tentu ini adalah lebih mudah dikatakan dari dikotakan !
Kedua-dua pengarang buku ini juga menggalakkan pelaburan di Amerika Syarikat berbanding dengan belabur di Singapura (SGX) kerana sebab-sebab berikut: -
- Pasaran di Amerika lebih besar, lebih kurang 9000 syarikat berdaftar di pasaran NYSE, AMEX, NASDAQ berbanding dengan pasaran SGX (hanya lebih kurang 620 syarikat) .
- Mudah mencari saham syarikat yang mempunyai potensi pesat untuk berkembang 3X nilai intrisik dan melebihi 6% pertumbuhan dalam masa yang tersingkat.
- Saham-saham ini mempunyai instrumen derivatif kewangan seperti Options dan CFDs (Contract for Difference/kontrak perbandingan). Derivatif ini amat berkesan kerana keuntungan boleh didapati dalam berbagai hala pasaran walaupun pasaran menurun .
- High Liquidity – Saham amat mudah di urus jual (cairkan) dan ditukarkan kepada wang tunai kerana saiz dan jumlah ‘ trading volume ‘ yang tinggi.
- Mudah mencari informasi dan data analisa syarikat saham dengan percuma di lelaman internet (Syarikat di Singapura kurang informasi dan anda harus bayar lebih mahal untuk data-data tersebut).
- Bayaran komisyen online broker di Amerika lebih murah.
Akhir kata, banyak lagi tip-tip, petunjuk dan contoh yang dibekalkan untuk para pelabur novice (baru) dan juga yang berpengalaman jika anda sanggup melabur masa dan wang untuk menelaah buku ini .
Secara persendirian saya rasa buku ini memberikan pemahaman asas dan ilmu yang baik dan berkesan untuk para pelabur mengatur langkah melabur wang dengan selamat. Mentelah lagi, dihasilkan oleh penulis dan perlabur tempatan masakini, ia memberikan persepsi tulus yang mudah diterima.
Umumnya, memang banyak lagi ilmu pelaburan dan kewangan yang boleh dicedup dari pelbagai buku-buku kewangan yang sedia ada di kedai-kedai buku.
Namun buku Secrets of Millionaire Investors yang setebal 263 mukasurat ini dapat memberikan inspirasi positif serta merta untuk menuju ke arah kebebasan kewangan anda. Saya pasti kepadatan ilmu dan intipati didalamnya amat berbaloi untuk harga buku yang hanya $32.40. Selamat membaca dan meneroka kejayaan pelaburan anda !
No comments:
Post a Comment